ibudananakku
Navi
BLOG IBU DAN ANAK
ABOUT ENTRY LINKS PANDUAN RESIPI TUTOBIES ADRIANA TWITER FACEBOOK TUMBLR INSTAGRAM KEEK
penjagaan selepas bersalin
Wednesday, January 2, 2013 • 1/02/2013 • 0 orang bayi comel

Penjagaan Selepas Bersalin 


Seorang ibu yang baru melahirkan anak haruslah menjaga kesihatan diri dan bayi dengan sempurna dan teratur. Penjagaan kesihatan penting agar ibu tetap sihat dan ceria selepas bersalin.

Kebersihan Diri
  • Amalkan mandi sekurang-kurangnya sekali sehari 
  • Pakai pakaian bersih dan selesa dan ditukar setiap hari 
  • Tukar tuala wanita dengan kerap 
  • Pastikan luka akibat bersalin atau pembedahan di dalam keadaan bersih dan kering
Pemakanan
  • Makan pelbagai jenis makanan berasaskan piramid makanan 
  • Minum 6 - 8 gelas air 
  • Banyakkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan 
Penyusuan Susu Ibu
  • Bersihkan payudara setiap hari 
  • Gunakan coli yang bersih dan selesa 
  • Susukan bayi dengan kerap 
Rehat Dan Senaman
  • Lakukan senaman ringan mengikut kemampuan 
  • Rehat yang secukupnya 
Amalan Bahaya Dan Pantang Larang
  • Elakkan amalan pantang larang yang bahaya seperti sekak dan salai 
Tanda-Tanda Bahaya
  • Demam Panas 
  • Pendarahan berlebihan dan berlarutan 
  • Anemia 
  • Pening / Sakit Kepala 
  • Sakit kaki atau bengkak 
  • Sakit betis 
  • Sesak nafas dan sakit dada 
  • Meroyan 
  • Sukar buang air kecil 
  • Sakit dan keluar nanah dari luka kesan bersalin atau pembedahan 
* dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas.
Perancangan Keluarga
  • Amalkan kaedah perancang keluarga yang sesuai untuk menjarakkan kehamilan. 
Rawatan Lanjut
  • Dapatkan rawatan lanjut 6 minggu selepas bersalin dari klinik atau hospital yang berhampiran. 
Bayi:
Tentang Imunisasi :

Keperluan imunisasi bayi adalah mengikut jadual di dalam kad anak anda

Penjagaan Tali Pusat:

  • Cuci tali pusat bayi dengan cara yang betul
  • Kenalpasti tanda-tanda infeksi seperti kemerahan, bernanah dan berbau
  • Dapatkan rawatan segera di klinik-kinik kerajaan yang berdekatan 
  • Keputusan G6PD:
  • Pastikan keputusan G6PD anak anda diketahui sebelum anda daftar keluar dari hospital
* Sila maklumkan ke Klinik Kesihatan sebaik sahaja selepas bersalin.
Dapatkan Rawatan Segera Jika:

Ibu
  • Pendarahan yang berlebihan atau luar biasa 
  • Demam 
  • Lokia (Darah Nifas) berbau busuk 
Bayi
  • Demam 
  • Cirit Birit 
  • Terdapat bau yang luar biasa atau pusat kelihatan berkilat dan bengkak 
Tanda-Tanda Penyakit Kuning
  • Kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning 
  • Bayi sentiasa mengantuk 
  • Bayi kurang menyusu

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca

PASTFUTURE
assalamualaikum kaum ibu
chientagosvoto.blogspot.com telah bertukar ke ibudananakku.blogspot.com

selamat datang ke blog ibudananakku.blogspot.com
Blog ini khas untuk ibu - ibu yang telah melahirkan dan juga kepada yang bakal menimang cahaya mata. Pelbagai PANDUAN yang bermanfaat untuk dikongsi bersama. :D Teruskan membaca dan selamat menambah ilmu.



chienta hatiku

I love you for being you and the way you make me feel when I'm with you!
NUR ADRIANAYou are the reason why we smile every morning, the star that gives us hope during gloomy days. Your soft smile gives the strength that we need for our everyday labor and the determination to be the best daddy and mommy that we can be....
“Ya Allah, semoga diriku ini menjadi anak yang solehah pada kedua ibu bapaku dan isteri solehah pada suamiku, dan menjadi ibu yang mithali pada anakku serta jadikan lah aku saudara, sahabat dan yang menyenangkan hati, amin, amin, ya rabbalalamin"


detik istimewa

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Lilypie First Birthday tickers
si manja



waktu lahir 2.75 kg
bulan 3.7 kg
bulan 4.8 kg
bulan 5.5 kg
bulan 6.4 kg
bulan 6.7 kg
bulan 7.1 kg
bulan kg
bulan kg
bulan kg

suara hati

berkata - katalah dengan kata yang memberi pahala ♡.


pembaca setia


kisah lalu

  • Rawatan Mandi Wap, Bertangas Dan Ukup Wangi
  • Mandian Ibu bersalin
  • Rawatan Berbengkung Atau Berbarut
  • Jenis-Jenis Dan Faedah Bertungku
  • Panduan Memilih Bidan Atau Tukang Urut
  • Masalah Yang Sering Timbul Dalam Pantang Bersalin
  • Resipi Menu Pertama Bayi
  • Cara penyimpanan susu ibu
  • Carta pemakanan bayi anda
  • istimewa susu ibu