ibudananakku
Navi
BLOG IBU DAN ANAK
ABOUT ENTRY LINKS PANDUAN RESIPI TUTOBIES ADRIANA TWITER FACEBOOK TUMBLR INSTAGRAM KEEK
hai la blog
Thursday, February 6, 2014 • 2/06/2014 • 0 orang bayi comel
Bersalahnya rasa sebab meninggalkan blog ini terlalu lama tanpa sebarang nukilan... rindu sangat nak menaip dan bercerita tentang aktiviti harian tapi terlalu sibuk dengan urusan keluarga..hari ini ada masa terluang so sempat la juga kita nak meluah rasa..hehe

Bila dah lama tak menaip.. dan banyak sangat cerita yang nak disampaikan , sampai tak tahu nak mula dengan yang mana satu..hrmmm, takpela nanti kita akan update one by one ye..sabar ye..

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca
susu ibu jimatkan wang
Friday, April 26, 2013 • 4/26/2013 • 0 orang bayi comel


Walaupun dia yang paling kecil dalam keluarga tetapi jangan terkejut kerana kos perbelanjaannya paling mahal. Keperluannya termasuk pakaian, lampin pakai buang, susu dan bermacam-macam lagi menelan belanja yang banyak. Makanan awal bayi baru lahir pastinya susu ibu. Anda punya dua pilihan sama ada memberinya susu ibu atau susu formula. Terdapat pelbagai jenis susu formula yang dicipta mengandungi bermacam-macam rumusan khasiat untuk bayi. Namun jangan terkejut apabila melihat kebanyakan harga setin susu formula mencecah hampir RM100.Bayangkan setiap bulan anda perlu membeli sekurang-kurangnya tiga hingga empat tin susu untuk bayi, jadi berapa kos yang dihabiskan untuk susu sahaja. Itu belum termasuk lampin pakai buang dan lain-lain.Cara terbaik untuk menjimatkan kos sudah semestinya memberi si comel susu ibu. Selain ia berkhasiat dan mudah diberi kepada bayi pada bila-bila masa, susu ibu juga menjimatkan wang anda. Benarkah?

Cuba lihat dua situasi ini:

Situasi 1
Rina memberi bayi baru lahirnya susu formula. Sebulan dia perlu mengeluarkan belanja kira-kira RM240 untuk empat tin susu yang berharga RM60 setin. Selain daripada itu, anaknya juga kerap mendapat batuk dan selesema. Boleh dikatakan dua bulan sekali pasti dia membawa anaknya berjumpa doktor kanak-kanak. Kos ubat-ubatan menelan belanja antara RM80 – RM120 setiap kali berjumpa doktor.

Situasi 2
Sarah juga baru melahirkan bayi. Dia berazam menyusukan bayinya dengan susu ibu sejak hamil lagi. Sebelum bersalin dia melaburkan sebanyak RM1000 untuk membeli pam susu dan aksesori penyusuan yang lengkap sebagai persediaan. Dia turut membeli peti sejuk khas untuk menyimpan stok susu perahan yang berharga kira-kira RM700. Sepanjang setahun kehidupan anaknya, jarang demam atau selesema. Jadi dia dapat menjimatkan kos ubat-ubatan dan susu sekali gus.


Selepas melihat dua situasi tersebut, kita dapat buat kesimpulan yang mana satu membantu penjimatan wang sepanjang tahun pertama membesarkan anak. Secara kasarnya jika menyusukan anak dengan susu ibu, anda dapat menjimatkan wang antara RM1500 hingga RM2500 (yang diperuntukan untuk membeli susu formula ketika tahun pertama anak).


Pilihan di tangan anda. Selain bayi mendapat kebaikan daripada susu ibu, papa dan mama turut boleh menjimatkan jumlah wang yang sangat besar.
sumber pama

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca
Adriana genap 6 bulan, dah boleh makan dah.
Wednesday, April 17, 2013 • 4/17/2013 • 0 orang bayi comel
Hari ini saya nak berkongsi pengalaman dalam menyediakan makanan untuk Adriana. Semalam Adriana genap 6 bulan, memang seronok sangat sebab tak sabar nak bagi dia makan. Ye la sebelum ni asyik dia tengok kita makan je, jadi sekarang saat yang ditunggukan telah tiba. Seperti biasa bayi seawal 6 bulan kita kena perkenalkan solid food  , so saya telah pun menyediakan puree betik untuk si manja.
Agak mudah untuk menyediakan puree ni, hanya perlukan sebiji betik yang saiznya sederhana, susu ibu atau susu formula atau pun air suam. Macam saya gunakan susu badan, lagi berlemak dan sihat sikit.
Sekarang ni saya amalkan 4 waiting days rule dalam pemakanan Adriana. 4-day rules ni kita kena bagi makanan yang sama selama 4 hari utk detect si manja kita ada alergik atau tidak dengan certain2 food.. So far tengok Adriana ok je..


betik ni saya belah dua, 

susu ibu 4 oz

 kisar kan dalam mesin pengisar sehingga hancur dan pekat

letakkan di dalam bekas makanan khas untuk bayi anda..boleh disimpan dalam peti sejuk dan panaskan di dalam microwave jika ingin diberikan kepada si manja. Bekas ni saya beli di butik Fabolous Mom TTDI.

siap untuk disuap ke mulut Adriana..heheh

comot mulut bila dapat makan..janji perut kenyang ye sayang..

video
Dekat atas ni video Adriana tengah makan, berselera sangat tengok dia makan..Syukur Alhamdulillah

Pengalaman pertama dalam menyediakan makanan untuk Adriana memang sangat menggembirakan hati saya, maklumla anak pertama kan.. Rasa seronok sangat bila tengok Adriana kenyang dan happy bila lepas makan.

Itu je la yang saya boleh kongsi..banyak lagi menu nak cuba untuk pastikan Adriana sentiasa sihat dan kenyang..Bila si manja kenyang , kita pun senang hati..

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca
Tepung beras hilangkan ruam
Wednesday, April 10, 2013 • 4/10/2013 • 0 orang bayi comel
kiri sebelum kanan selepas

Hai semua, nampak tak gambar kat atas ni.. Ni gambar muka Adriana semasa kena ruam panas..risau juga - sebab banyak bintik2 merah kat muka dia tu..Masa tu dah letak krim, pun lambat juga hilang kesan bintik tu..Akhir sekali teringat pula petua orang tua dulu-dulu letak tepung beras..so saya pun amek la tepung beras dah sapukan dekat tempat yang terkena ruam macam pakai bedak..Alhamdulillah dalam masa setengah jam bintik-bintik merah tu pun hilang..
Orang zaman dulu mana ada ubat krim macam kita sekarang ni, so tepung beras pun boleh jadi ubat..
Boleh la amalkan nanti ya bila anak anda terkena ruam panas ..
kepada yang tak tahu rupa tepung beras..ni la dia gambarnya

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca
Adriana dah nak mula makan..yeahhh
• 4/10/2013 • 0 orang bayi comel
Lama sangat tak menulis sebab busy dengan Adriana dan keluarga. Harap semua pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ini saya asyik google tentang SOLID FOOD untuk Adriana. Lagi seminggu je Adriana akan berusia 6 bulan. Pejam celik pejam celik kejap je besar anakku ni..rasa macam baru je menahan sakit nak bersalin.. Pelbagai resipi berada di kepala untuk disediakan nanti, semuanya untuk puteri kesayangan saya tu.. Seperti biasalah , bayi yang berusia 6 bulan harus diberi puree buah-buahan atau sayur-sayuran, lebih baik kita yang menyediakan sendiri kerna terjamin halal, bersih dan selamat. 

Disebabkan anak pertama, banyak lagi yang perlu saya belajar dalam membesarkan anak, ada juga call aunti tanya berapa lama puree boleh bertahan dalam peti sejuk beku , katanya dalam 2 minggu macam tu. jadi lepas ni kena buat stock makanan Adriana..penuh jadinya nanti peti ais termasuk stock ASI (air susu ibu) saya tu..

Sebagai persediaan dalam menyediakan makanan Adriana, saya dah pun beli set pinggan mangkuk  untuk Adriana..hahahaha..kemain lagi si kecik ni siap ada set set lagi..




daripada Anakku


akan dibeli tak lama lagi untuk memudahkan saya menyimpan puree Adriana nanti..

Minggu depan saya akan update tentang hari pertama Adriana makan..salam 

terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca

PAST
assalamualaikum kaum ibu
chientagosvoto.blogspot.com telah bertukar ke ibudananakku.blogspot.com

selamat datang ke blog ibudananakku.blogspot.com
Blog ini khas untuk ibu - ibu yang telah melahirkan dan juga kepada yang bakal menimang cahaya mata. Pelbagai PANDUAN yang bermanfaat untuk dikongsi bersama. :D Teruskan membaca dan selamat menambah ilmu.



chienta hatiku

I love you for being you and the way you make me feel when I'm with you!
NUR ADRIANAYou are the reason why we smile every morning, the star that gives us hope during gloomy days. Your soft smile gives the strength that we need for our everyday labor and the determination to be the best daddy and mommy that we can be....
“Ya Allah, semoga diriku ini menjadi anak yang solehah pada kedua ibu bapaku dan isteri solehah pada suamiku, dan menjadi ibu yang mithali pada anakku serta jadikan lah aku saudara, sahabat dan yang menyenangkan hati, amin, amin, ya rabbalalamin"


detik istimewa

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Lilypie First Birthday tickers
si manja



waktu lahir 2.75 kg
bulan 3.7 kg
bulan 4.8 kg
bulan 5.5 kg
bulan 6.4 kg
bulan 6.7 kg
bulan 7.1 kg
bulan kg
bulan kg
bulan kg

suara hati

berkata - katalah dengan kata yang memberi pahala ♡.


pembaca setia


kisah lalu

  • hai la blog
  • susu ibu jimatkan wang
  • Adriana genap 6 bulan, dah boleh makan dah.
  • Tepung beras hilangkan ruam
  • Adriana dah nak mula makan..yeahhh
  • Tips Tingkatkan Penghasilan Susu
  • 12 sebab-sebab untuk menyusukan bayi dengan susu i...
  • Aksesori kepala boleh ancam keselamatan bayi
  • Adriana love Hello Kitty
  • 60 sebab sayang bayi